Tuesday 8 May 2012

Filem Dan Kehidupan 01

Menonton filem....rasanya dah tak terkira berapa banyak filem yang aku tonton. Dari filem Hollywood ke filem Bollywood, filem Melayu, Jepun, Korea, Hong Kong, China, Perancis, German, Russia dan banyak lagi la.
Ada filem-filem yang memberi impak dan kesan yang mendalam dan ada juga yang hanya sekadar hiburan sahaja. Apa yang menariknya, sesetengah filem yang aku tonton memberi banyak pengajaran dan pembelajaran tentang kehidupan ini. Jadi di blog ini akan aku kongsikan tentang filem yang aku tonton dan apa yang aku dapat selepas menonton....